PANDUAN PENGHANTARAN ARTIKEL
Hanya artikel penyelidikan sahaja diterima untuk penerbitan.
2. Minimum 10 halaman dan maksimum 30 halaman (tidak termasuk rujukan).
3. Indeks kesamaan (similarity index) bergantung kepada jurnal pilihan.
4. Wajib mempunyai kolaborator antarabangsa sebagai salah seorang penulis bersama bagi jurnal tertentu.
5. Struktur artikel termasuk tetapi tidak terhad kepada Pengenalan, Kajian Literatur, Kaedah Kajian, Keputusan dan Perbincangan, dan Kesimpulan.
6. Maksimum 8 kata kunci.
7. Maksimum sitasi sendiri (penulis dan penulis bersama) yang dibenarkan adalah TIGA rujukan sahaja.
8. Lampiran tidak dibenarkan.
9. Penulis perlu menyediakan surat pengantar (cover letter) kepada jurnal yang diingini dengan menyatakan bahawa anda adalah seorang peserta SKSM32. contoh surat penghantar : [https://drive.google.com/drive/folders/1Df9zTeVyDDt0xzztzinIdeht_muqnzwc?usp=drive_link]
10. Muat naik artikel melalui google form (Borang Penghantaran Artikel). [https://forms.gle/WcLnH4X4PTYkxis59]