Pengumuman Penting!!!
Pelanjutan tarikh penghantaran abstrak ke 9 Mei 2025.
Simposium Kebangsaan Sains Matematik (SKSM) merupakan program tahunan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dengan kerjasama Universiti Awam di Malaysia. Simposium ini menghimpunkan cendekiawan Sains dan Matematik dalam negara dan luar negara bagi membentangkan hasil penyelidikan terkini. Ianya bertujuan untuk memperkasakan Sains Matematik dan aplikasinya, menerusi perhimpunan dan perbincangan idea inovatif dalam kalangan ahli akademik dan pakar-pakar saintis, penyelidik di seluruh negara yang terlibat dengan Sains Matematik.
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia buat kali pertamanya telah dipilih untuk menganjurkan Simposium Kebangsaan Sains Matematik yang ke 32 (SKSM32) yang akan diadakan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya, Malaysia. Penganjur ingin menjemput semua penyelidik untuk menyertai simposium ini bagi membentang hasil kajian terkini masing-masing.
PANGGILAN UNTUK PEMBENTANGAN SECARA LISAN
Peserta yang berminat untuk berkongsi hasil penyelidikan mereka melalui pembentangan secara lisan dijemput untuk menghantar abstrak tidak lebih daripada 300 perkataan melalui Google Form.
Sekretariat SKSM32
Jabatan Matematik
Pusat Asasi Pertahanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
sksm32@upnm.edu.my